Tupolev Tu-444

Tupolev Tu-444 adalah sebuah konsep jet perniagaan berkelajuan supersonik dari firma Tupolev, Rusia. Walaupun pasaran bagi pesawat jenis ini pada masa sekarang adalah lemah disebabkan oleh peningkatan harga bahan api, beberapa firma, termasuk Cessna, sedang membangunkan pesawat yang serupa. Tupolev telah menimba banyak pengalaman berkenaan pesawat pengangkut supersonik semasa membangunkan pesawat Tu-144.